Sinéad O'Connor
Sinéad O'Connor

Sinéad O'Connor

Sinéad Marie Bernadette O'Connor [ʃɪˈneɪd oʊˈkɒnər;[2] syi-néid ou ko-nĕr] atau nama Islamnya Shuhada' Sadaqat Davitt[3][4][5][nota 1] (lahir 8 Disember 1966)[4] ialah seorang pemuzik dan penyanyi dari Republik Ireland. Beliau mula dikenali pada tahun 1980-an dan awal 1990-an; lagi-lagi dengan penampilan penuh kontroversi lantang bersuara isu semasa yang dilihat tidak begitu selesa kepada orang ramai pada ketika itu seperti penyentuhan isu hak asasi wanita, perang dan penderaan kanak-kanak.Meskipun beliau dibesarkan beranutan agama Kristian mazhab Katolik Rom, beliau sering menyatakan kesangsian tinggi kepada keadaan dalam gereja dianggotainya, malah beliau pernah meminta pengucilan diri sendiri kepada pihak Paus Franciscus dalam surat terbuka kepada Paus tersebut pada Ogos 2018.[7] Beliau memeluk agama Islam pada Oktober 2018 atas keputusan dan budi bicara dan pertimbangan sendiri.[8][7]

Sinéad O'Connor

Pekerjaan
  • Penyanyi
  • pemuzik
Nama lahir Sinéad Marie Bernadette O'Connor
Pengkarya berkait Ton Ton Macoute
Instrumen
Juga dikenali sebagai Magda Davitt, Shuhada' Sadaqat[1]
Syarikat rakaman
Laman sesawang SineadOConnor.com
Kelahiran (1966-12-08) 8 Disember 1966 (umur 53)
Glenageary, Kaunti Dublin, Ireland
Genre
Tahun aktif 1986–kini